RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 4 Mei 2017

[VIDEO] : "Saya bagitahu KAFA, Fight! Lantik Lawyer We will Fight, Sanna Nyassi akan tetap didaftarkan" - TSAM



Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) akan menggunakan saluran undang-undang bagi mencabar larangan mendapatkan pemain baharu serta pemotongan mata oleh Football Malaysia Limited Liability Partnership (FMLLP) terhadap pasukan itu.


Penasihat Kafa yang juga Penaja Utama The Red Warriors, Tan Sri Annuar Musa mendakwa tindakan dibuat oleh FMLLP tersebut bersifat tidak adil kerana memilih pasukan tertentu sahaja selain mempunyai niat jahat untuk menjatuhkan pasukan Kelantan.

“Kafa akan lawan, saya sudah beritahu Kafa supaya lantik peguam dan lawan. Sanna Nyasi akan tetap didaftarkan.

“Kalau kita boleh buktikan apa kita buat menepati peraturan, namun Kelantan masih dihalang mendaftar pemain baharu, kita akan bawa FAM ke mahkamah,” katanya dalam sidang akhbar selepas program larian dan penyerahan bendera UMNO di Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) di sini hari ini.

Sumber: © Utusan Melayu (M) Bhd 

1 - Perpindahan pemain import tidak menggunakan kos.

ini disebabkan ejen membawa celin masuk telah mengantikan pemain baru akibat celin mengalami kecederaan hendak pulih agak lama. so, Kelantan membuat pertukaran membawa pemain import. anda semua perlu faham tiada kos dan pembelian pemain baru. ianya pertukaran. merujuk peraturan FMLLP, sepatutnya dibenarkan.


2 - Tindakan pemotongan mata bagi pihak mereka memang betul bagi semua, tapi bagi pihak kena hukuman ianya tidak adil sebab ianya bukan dapat membantu pasukan di potong mata malah mengeruhkan lagi keadaan.

3 - Pemotongan mata seolah-olah hendak menjatuhkan team2 tertentu dan merosakkan moral pemain. Pasukan Selangor dan melaka juga ada masalah kewangan n gaji tetapi dikecualikan kena hukuman. Pasukan Kelantan 2016 penaja Kurr putih merujuk dakwaan Tan Sri Annuar musa suatu dahulu, penaja tersebut tak membayar duit menaja seperti awal dijanjikan dan lari separuh jalan. 

4 - Persiapan musim 2017 team Kelantan tahun ini banyak terjejas cubaan Dari TMJ yang berniat nak menjatuhkan tsam tapi team Kelantan yg kene tempiasnya. tapi adakah betul2 tsam ambil duit Mara utk team? tetapi exco Johor pula ditangkap oleh SPRM. :)

Sumber : Penyokong TRW Nor Amirah Rania