DATUK ISMAIL MD. NORNOTATERBITANKOSMO27 APRIL 2016RABUMUKA 62
DATUK ISMAIL MD. NOR
Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Datuk Ismail Md. Nor berkata, pihaknya akan mengadakan satu mesyuarat tergempar bersama pemangku presiden dan penaja utama musim 2017 Tan Sri Annuar Musa berhubung perkara tersebut.
“Kita mengambil serius perkara ini kerana melibatkan soal moral pemain dan penyokong yang telah berusaha sebaik mungkin untuk mendapatkan mata tersebut,” katanya di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pemotongan enam mata ke atas The Red Warriors ekoran kegagalan melunaskan tunggakan gaji melibatkan barisan pemain pasukan itu bagi musim 2015 dan 2016.
Utusan Malaysia kelmarin melaporkan FMLLP mengambil tindakan drastik apabila memotong enam mata daripada dua pasukan Liga Super iaitu Kelantan dan T-Team serta dua pasukan Liga Perdana iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Perlis berkuatkuasa dengan serta-merta.
Tindakan pemotongan mata tersebut dilakukan selepas kesemua pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran iaitu mengemukakan surat-surat selesai bayaran tunggakan dari tahun-tahun sebelum 2017.
Sekiranya keempat-empat pasukan tersebut gagal melengkapkan proses pendaftaran tersebut sebelum 15 Mei ini, mereka dilarang daripada mendaftar pemain baharu sepanjang tempoh pendaftaran kedua sehingga segala tuntutan diselesaikan sepenuhnya. - UTUSAN ONLINE