RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 2 Mei 2017

Subramaniam belum dapat gaji 6 bulan lepas dan mempersoalkan bila bekas kelab juga dipotong mata.


Subramaniam belum dapat gaji 6 bulan lepas dan mempersoalkan bila bekas kelab juga dipotong mata.

Hari ini 2 Mei 2017, 4 pasukan Liga Malaysia dikenakan tindakan potong 6 mata dari FMLLP petang tadi sebaik saja dapat teguran dari FIFA, Antaranya 4 pasukan dikenakan tindakan potong 6 mata iaitu Kelantan FA, Perlis FA, ATM FC dan T-Team FC.

Agak mengejutkan dengan status facebook bekas pemain pertahanan Selangor iaitu Subramaniam meluahkan perasaan bahawa pemain ini masih belum menerima gaji dari bekas kelabnya Selangor FA dan menunggu selama 6 BULAN !

Pemain ini turut mempersoalkan bila bekas kelabnya turut menerima nasib sama (hukuman potong 6 mata) seperti 4 pasukan yang lain.

"Selangor FA tak bayar gaji November 2016, Sudah 6 bulan menunggu, Bila nak potong mata ni?" - Subra

Status Facebook Subramaniam turut menarik perhatian dari wartawan FourFourTwo Vijhay Vick yang turut kongsi status Subra bekas pemain Selangor dan meluahkan hairan.

"Tadi kata Kelantan, T-TEam, Perlis dan ATM belum submit dokumen pengesahan bayaran gaji, kwsp, perkeso dan LHDN tapi Selangor summit apa?" - Vijhay Vick

Sumber : Twitter Vijhay Vick FourFourTwo


Admin page SSMIV Scoreboard juga memetik seolah-olah ada pasukan (tidak sebut nama pasukan tersebut) tercicir (diselamatkan) dari mata dipotong seperti 4 pasukan yang lain.
Gambar : page post SSMIV Scoreboard


Maka, benarlah apa yang diperkatakan Safee Sali bahawa FMLLP dan organisasi seangkatannya ini seolah-olah pilih bulu.

Gambar : Twitter Safee Sali.