RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 2 Mei 2017

Reaksi Velizar Popov tidak gembira mengenai Kelantan dipotong 6 mata, Ini komen bekas Jurulatih TRW

Velizar Popov bekas jurulatih Kelantan FA sekali lagi bersuara melalui twitter sebaik saja FMLLP mengumumkan 4 pasukan termasuk Kelantan FA dipotong 6 mata serta merta.

Popov mengatakan beliau tidak gembira dengan keputusan FMLLP menjatuhkan hukuman potong 6 mata terhadap pasukan terutama pasukan bekas kelab kendalian Kelantan FA, Beliau mengatakan pemain dan penyokong Kelantan tak layak terima keputusan ini dan sepatutnya KAFA dihukum.



"Saya tidak gembira dengan keputusan ini kerana pemain & peminat tidak layak untuk menderita, hanya KAFA mesti dihukum dengan dilarang membuat sebarang perpindahan pemain baru!" - Velizar Popov
tambah beliau lagi, Popov mengatakan KAFA tidak pernah ambil peduli tentang pemain, jurulatih dan penyokong Kelantan akibatnya pemain dan penyokong menderita kerana KAFA
"Kita tahu sudah bahawa KAFA tidak mengambil berat tentang pemain, jurulatih dan penyokong - Sekarang mereka tidak akan membayar kami, hanya pemain-pemain & peminat sahaja akan menderita sekarang" - Velizar Popov