RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 3 Mei 2017

Analogi FMLLP : KAFA boleh beli pemain baru dengan jual atau gugurkan Celin


PETALING JAYA: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) hanya dibenarkan untuk mendaftarkan pemain baharu jika berjaya memperoleh pendapatan hasil daripada `penjualan' pemain atau berjaya mengurangkan bayaran pampasan pemain yang ditamatkan kontrak lebih awal. 

Ketua Pegawai Eksekutif Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP), Kevin Ramalingam berkata, KAFA tidak berdepan masalah untuk menandatangani pemain baharu jika ia tidak menambah hutang sedia ada yang kini dihadapi oleh persatuan itu. 

Justeru, katanya KAFA perlu bijak dalam berbelanja bagi menguruskan penamatan kontrak pemain importnya, Alessandro Celin yang akan digugurkan untuk digantikan dengan pemain baharu dari Gambia, Sanna Nyasi pada jendela perpindahan yang akan dibuka 15 Mei ini. 

"Untuk memahami perkara ini, saya berikan satu analogi. Katakanlah gaji Celin adalah RM20,000 sebulan manakala kontraknya sehingga penghujung tahun ini. 

"Ini bermakna gaji yang patut diperoleh pemain itu untuk tempoh tujuh bulan sehingga hujung tahun ini adalah RM140,000.

"Sekiranya KAFA membelanjakan RM60,000 untuk menamatkan kontrak pemain itu, jadi persatuan itu masih ada baki RM80,000. 

"Oleh itu, KAFA hanya boleh membelanjakan baki wang RM80,000 itu untuk mendapatkan pemain baharu atau persatuan berkenaan boleh menggunakan hasil pendapatan daripada `menjual' Celin," katanya pada sidang media di sini, semalam. 

Beliau berkata, pihaknya tidak mahu KAFA menambah hutang sedia ada yang boleh menimbulkan lebih banyak masalah kepada persatuan itu nanti. 

Peruntukan terbabit sama dengan undang-undang 'Financial Play FIFA (FFP)' yang diperkenalkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) khusus bagi menyekat setiap pasukan daripada berbelanja tanpa kawalan sekali gus menanggung beban hutang yang besar.

Sumber :  Berita Harian