RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 30 Mei 2017

"Sekiranya Sekatan yang Belum KAFA Lepasi, Sila Batalkan Perpindahan Ghaddar dan Bakr" - TSAM





Melalui status terkini facebook Tan Sri Annuar Musa memberitahu statement FMLLP semakin jelas auta kerana sebelum ini pernah mengatakan KAFA disekat kerana isu gaji tertunggak dan pendaftaran pemain dibenarkan jika tidak melibatkan sebarang kos tambahan yang membawa tambahan hutang.

Namun hari ini pula FMLLP mengatakan disekat kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran sekaligus memberi kesukaran buat TRW untuk menggantikan Celin dengan pemain lain iaitu Seydi Imam dimana pemain tersebut dibawa ejen sama tanpa sebarang kos.

TSAM turut mempersoalkan kenapa abou bakr boleh didaftar dan adakah kerana perintah JDT supaya dapat memiliki Ghaddar, tambah tan sri lagi jika sekatan Kelantan masih belum lepasi kerana tidak melengkapkan dokumen pendaftaran, TSAM gesa batalkan perpindahan Ghaddar dan Bako sepertimana FMLLP menyekat perpindahan Seydi Imam


Baca Dibawah adalah posting penuh yang dibuat Tan Sri Annuar Musa di laman Facebooknya :

"Semakin jelas AUTA FMLLP ..baru baru ini mereka keluarkan kenyataan BAHAWA SEKATAN KPD KAFA kerana isu tunggakan gaji DAN PENDAFTARAN BARU hanya boleh di benar kalau ia tidak melibatkan kos tambahan.Semalam mereka beri alasan HASIL PERPINDAHAN tak di belanja utk selesai "masaalah"tanpa mereka siasat terlebih dahulu.

"Hari ini lain pula ceritanya...KERANA TIDAK MELENGKAPKAN DOKUMEN PENDAFTARAN pulak..


"Kalau itu alasan KENAPA ABOU BAKR boleh di daftar??...adakah kerana PERENTAH JDT dan utk JDT miliki ghaddar maka BUDI BICARA boleh pula di gunakan???budi bicara siapa???...di putus dlm mrat mana?..mana minitnya??...ATAU KUASA INDIVIDU??


"Sekiranya SEKATAN yg belum KAFA LEPASI SILA BATALKAN PERPINDAHAN GHADDAR DAN BAKR,kerana undang undang mesti JELAS DAN KONSISTEN..


"Dlm mesej JDT jelas menyebut PERPINDAHAN YG BERSIFAT WIN WIN supaya KAFA BOLEH MEMBELI PEMAIN BARU....


"Sekarang yg mana satu..SEKARANG ADA CLAIM YG FMLLLP MENGGUNA BUDIBICARA...kalau begitu APA YG MENGHALANG FMLLP MENGGUNAKAN BUDIBICARA bila SEYDI menggantikan CELIN yg cedera dan tidak cergas.FMLLP mahu kafa BUANG DUIT atau CARI DUIT???atau FMLLP HANYA KUDA TUNGGANGAN SPT YG PERNAH DI TULIS OLEH SEORANG YG BERPENGARUH DLM BOLA DLM FB NYA SATU KETIKA DULU..


"Sila beri penjelasan ONCE AND FOR ALL..ATAU FMLLP HARUS DI DISIPLINKAN.SUDAH LAH GAGAL MENDAPATKAN BAYARAN TAJAAN DARI MP SILVA DAN GAGAL BERI APA YG DI JANJIKAN PADA PASUKAN KINI MENGURUSKAN PERLAWANAN IKUT BUDIBICARA SENDIRI....
Mau bawa ke mana LIGA MSIA?????"


Sumber :  Facebook Tan Sri Annuar Musa