Rabu, 3 Mei 2017

PASUKAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN BOLEH MEMBUAT RAYUAN

PASUKAN YANG DIKENAKAN HUKUMAN BOLEH MEMBUAT RAYUAN

Pasukan-pasukan yang dikenakan hukuman pemotongan mata serta dikenakan 'transfer ban' untuk isu-isu berkenaan pembayaran gaji dan/atau pembayaran kepada pihak-pihak KWSP, LHDN dan PERKESO dibenarkan untuk membuat rayuan kepada sekretariat Football Malaysia LLP (FMLLP) walaupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) melihat keputusan yang dibuat oleh FMLLP itu adalah tepat dan wajar.

Ia turut mengambil kira kebajikan dan integriti untuk kemajuan Liga Malaysia bagi jangka masa panjang.

Kebenaran untuk membuat rayuan ini juga sebenarnya telah pun dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif FMLLP, Kevin Ramalingam sewaktu sidang media yang dijalankan pada Selasa, 2 Mei 2017.

Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin
Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM)

Demi Bola Sepak Tanah Air
#HarimauMalaya
#TheRealHarimauMalaya
#RevolusiFAM
#EraBaharu

Sumber : Football Association of Malaysia (Official)