RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 3 Mei 2017

Bekas Pemain Import Melaka United Labinot Harbuzi tuntut gaji tertunggak 6 bulan lepas, Ini komen pemain ini.




BEKAS PEMAIN IMPORT MELAKA UNITED LABINOT HARBUZI TUNTUT GAJI TERTUNGGAK


Semalam 2 Mei, 4 pasukan Liga Malaysia dikenakan tindakan potong 6 mata dari FMLLP, Antaranya 4 pasukan dikenakan tindakan potong 6 mata iaitu Kelantan FA, Perlis FA, ATM FC dan T-Team FC. 

Sebelum ini kita dikejutkan pendedahan bekas pemain Selangor iaitu Subra mengatakan dia belum menerima gaji 6 bulan lepas bersama bekas rakan sepasukannya termasuk nazmi faiz, hafiz kamal, hadi yahya dan mempersoalkan bila bekas pasukan turut menerima nasib seperti 4 pasukan lain, Tetapi rupa-rupanya masih ada pasukan lain masih tak menjelaskan gaji tertunggak selain Selangor dan 4 pasukan yang kena hukum potong 6 mata. 

Hari ini tersebar pula status di facebook bekas pemain Melaka United Labinot Harbuzi mengatakan beliau juga belum menerima gaji tertunggak dan sudah memberi masa selama 6 bulan kepada Melaka United.

Komen pemain ini

"Melaka United saya sudah bagi 6 bulan untuk menyelesaikan bayaran saya dan ia belum selesai lagi. Jadi sebelum anda merancang nak buat perubahan nak bawa pemain baru lebih baik anda bayar hutang anda. Bukan Separuh. Tapi Semua."

"Bila anda perlukan masa untuk menguruskan pembayaran, anda sentiasa berada 24/7 dengan telefon dan jadi sopan dan sebagai manusia saya bagi anda masa sehingga April untuk selesaikan semua pembayaran dimana masih lagi tidak selesai dan kini anda sudah menghiraukan saya 2 bulan lepas.

Ini Screenshot dari facebook bekas pemain Melaka United.



Bekas pemain Selangor FA dan Melaka United masing-masing telah membuat tuntutan secara terbuka, Menjadi persoalannya sekarang adakah FMLLP akan mengambil tindakan terhadap dua pasukan ini? Lontarkan sebarang pendapat anda.