RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 17 Mei 2017

Orang Dalaman KAFA Dedahkan Abou Bakr Sampai Kota Bharu Dalam Masa Terdekat



PENYERANG skuad kebangsaan Lubnan, Abou Bakr Al-Mel dikatakan berada dalam radar Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) untuk dibawa masuk memperkuatkan The Red Warriors (TRW) menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Sumber dalaman Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mendedahkan kehadiran pemain itu dijangka mampu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Ghaddar bagi mengharungi baki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini.

Menurutnya, Abou Bakr dijangka tiba ke Kota Bharu dalam masa terdekat dan berita mengenai kehadiran pemain tersebut mungkin akan diumumkan oleh penaja utama The Red Warriors (TRW) Tan Sri Annuar Musa nanti.

“Pemilihan Abou Bakr bukanlah sesuatu yang mengejutkan kerana dia mempunyai kemahiran setanding dengan Ghaddar.

“Saya percaya pengendali Kelantan, Zahasmi Ismail mempunyai perancangan sendiri untuk membentuk gandingan mantap antara pemain tempatan dengan Abou Bakr di bahagian serangan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

“Dia (Abou Bakr) beraksi di posisi serangan dan merupakan rakan sepasukan Mohammed Ghaddar dalam skuad kebangsaan Lubnan di bawah kendalian jurulatih Montenegro, Miodrag Radulovic.

“Pemain ini dijangka tiba bila-bila masa di Kota Bharu dan mungkin anda (wartawan) perlu menunggu pengumuman rasmi Tan Sri Annuar (Musa, Pengerusi Konsortium Al-Hamra) mengenai perkara ini,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Abou Bakr yang baharu mencecah usia 24 tahun dan beraksi bersama kelab AC Tripoli dalam liga negaranya mempunyai ketajaman penyudah seperti Mohammed Ghaddar.

Tegas sumber itu, seorang lagi calon pemain import, Sanna Nyassi (Gambia) kemungkinan tidak mendapat tempat dalam skuad pantai timur itu walaupun beraksi baik pada aksi persahabatan menentang PKNS FC di Shah Alam, baru-baru ini.

“Ada kemungkinan Sanna dibawa ke ibu negara untuk mencuba nasib dengan pasukan lain, tetapi peluang dia masih terbuka (menyertai Kelantan) kerana Kafa belum putuskan masa depan Celin (Alessandro) bersama pasukan itu,” katanya.

“Bagaimanapun, Kafa masih belum membuat keputusan mengenai masa depan seorang lagi penyerang iaitu Alessandro Cellin,” katanya.

Tan Sri Annuar Musa juga mengesahkan pemain ini bakal tiba esok dan beliau sendiri akan menemui pemain ini malam esok

Dalam perkembangan lain, sumber itu turut mengesahkan pemain TRW masih belum terima gaji April sehingga menyebabkan mereka buntu memikirkan masalah tidak berkesudahan itu.

“Sepatutnya gaji masuk minggu lalu, tetapi sehingga hari ini (semalam) pemain dan pegawai pasukan belum dapat dan ia mendukacitakan kerana mereka berdepan masalah sama setiap bulan,” katanya.

Sumber : UTUSAN