RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 11 Mei 2017

KAFA Setuju Lupakan Liga Malaysia


KOTA BHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) sependapat dengan penasihatnya, Tan Sri Annuar Musa yang menegaskan pasukan itu mungkin terpaksa melupakan saingan Liga Malaysia (Liga M) pada masa akan datang. 

Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, berkata perkara itu mungkin berlaku, jika pihak tertentu terus memberi pelbagai tekanan sehingga menambah kemelut persatuan. 

"Penyertaan Kelantan mungkin terkubur jika pihak terbabit tidak memahami situasi kemelut kewangan yang dihadapi persatuan negeri. 

"Malah tidak mustahil peminat bola sepak negeri ini hanya mampu melihat skuad yang pernah memenangi gelaran treble terus tercicir dalam saingan Liga Super selepas ini," katanya ketika dihubungi BH, hari ini. 

Mengulas lanjut kenyataan Annuar, Ismail mengakui tindakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang memberi hukuman penolakan enam mata yang dianggap tidak adil, adalah faktor utama KAFA semakin tertekan. 

"FAM sepatutnya memikirkan impak negatif yang terpaksa ditanggung persatuan negeri daripada bertindak menghukum secara sewenang-wenangnya. 

"FAM harus belajar ilmu pengurusan yang lebih profesional kerana segala bentuk hukuman harus memikirkan kesannya," katanya. 

Annuar semalam memberi bayangan yang skuad The Red Warriors (TRW) mungkin terpaksa melupakan saingan Liga M akibat tekanan luar yang tidak sepatutnya berlaku. 

"TRW mungkin tidak lagi wujud dalam Liga M tidak lama lagi, di bawah peraturan dan cara sekarang (memandangkan) pasukan miskin, sudah tiada tempat lagi di Liga Super. 

"Saya doakan yang terbaik jika ada peluang untuk pasukan negeri ini dan beraksi atas nama negerinya," katanya dalam kenyataan menerusi satu daripada akaun Facebook miliknya.

Sumber : Berita Harian