RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 8 Mei 2017

Ghaddar minta Pasukan berminat dapatkan khidmatnya lupakan impian itu, Selanjutnya komen pemain ini

Image result for ghaddar
Pemain Import Kelantan Mohammed Ghaddar memberi jaminan akan kekal bersama Kelantan sehingga penghujung musim ini.

Justeru Ghaddar meminta pasukan berhasrat mendapatkan khidmatnya melupakan impian itu kerana tidak mahu dikaitkan dengan sebarang spekulasi

Pemain kelahiran Lubnan itu memaklumkan hanya memberi fokus sepenuhnya bersama majikannya terhadap baki saingan Liga Super dan juga Piala Malaysia.

Ghaddar berkata, keputusan  itu dibuat kerana kariernya di negara ini, bermula dengan Kelantan walaupun pernah mencuba nasibnya dengan pasukan FELDA United FC.

Katanya, di Kelantan, dia juga menempa nama selaku penjaringa terbanyak 21 gol pada 2012 selain menjulang treble 3 piala pada tahun yang sama.

“Andai kata saya ke pasukan lain sekadar mengejar gaji enam angka, saya akan anggap 'Ghaddar' ini kejam kerana sanggup menzalimi pasukan sendiri ketika khidmat saya diperlukan selepas Kelantan kehilangan 6 mata

“Lagipun ayah angkat (Tan Sri Annuar Musa) juga bersusah payah membawa saya masuk buat kali kedua ke negara ini, Jadi tidak patut saya melukai hatinya dan juga pasukan” katanya.

Ghaddar berkata demikian ketika ditemui pemberita di Pusat Latihan Pertanian MARDI, petang kelmarin selepas menerima sumbangan kasut bola jenama nik terbaru NIke Mercurial Superfly CR7 ditaja khas Glow Glowing.


Sumber : Surat Khabar, Harian METRO 6 Mei 2017
Kredit Penulis Akhbar : Azlan Hafeedz - sukan@hmetro.com.my