Hamidin Mohd. Amin
Setiausaha Agungnya, Datuk Hamidin Mohd. Amin bagaima­na­pun berkata, Pre­si­den FAM, Tunku Is­mail Sultan Ibrahim akan bertemu dengan seorang lagi calon untuk jawatan tersebut namun tidak mendedahkan nama­nya.
“Ba­ginda juga tidak mahu bercakap banyak kepada pihak media kerana perkara ini masih dirahsiakan. Kita hanya boleh kongsikan dengan pihak media selepas perkara ini telah disahkan,” katanya dalam satu kenya­taan di sini hari ini.
Minggu lalu, Utusan Malaysia melaporkan seorang jurulatih dari Portugal adalah antara calon yang akan mem­bimbing Harimau Ma­laya dengan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail akan mengumumkan pelan­tikan beberapa hari lagi.
Menurut sumber, jurulatih dari Portugal itu telah bertemu untuk berbincang dengan Tunku Ismail di Johor Bahru.
Hamidin turut memberitahu bahawa TMJ telah mengeluarkan wang sendiri untuk mendapatkan jurulatih yang diingini.
“Perlu dimaklumkan bahawa tawaran kita tidaklah begitu tinggi kerana FAM tidak berduit.
“Namun begitu, ramai tidak tahu bahawa Tunku Presiden menggunakan duit baginda sendiri untuk menambah duit bajet tersebut bagi mendapatkan jurulatih lebih berkaliber,” katanya.