RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Jumaat, 5 Mei 2017

REAKSI PEMAIN KELANTAN SELEPAS DIPOTONG 6 MATA


KOTA BHARU: Barisan pemain Kelantan mengakui turut terkesan dengan tindakan pemotongan mata yang dilakukan Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) terhadap pasukan itu. 

Pertahanan Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah ketika mengesahkannya berkata beliau dan rakan sepasukan terkejut selepas mendengar keputusan berkenaan. 

"Sememangnya kami pemain terkesan dengan isu ini kerana ia membabitkan reputasi dan kedudukan pasukan Kelantan musim ini. 

"Bagaimanapun, soal berkenaan kami serah sepenuhnya kepada pihak Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) bagi menentukan penyelesaian terbaik untuk pasukan. 

"Kami sudah berada di kelompok lima teratas sebelum ini, namun selepas keputusan ini, kami turun dua anak tangga dan untuk mengembalikan kedudukan selesa bukan kerja mudah," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini. 

Sementara itu, rakan sepasukan Norhafiz, Mohd Qayyum Marjoni Sabil, 23, berkata walaupun dibelenggu isu berkenaan, pemain tidak harus patah semangat, sebaliknya berazam untuk mempamerkan aksi terbaik pada perlawanan seterusnya. 

"Saya berharap rakan-rakan tidak berputus asa dan saya percaya mereka semua profesional ketika menghadapi situasi seperti ini. 

"Bagi saya, mana-mana pasukan mempunyai halangan sendiri dan jika pemain masuk campur, ia boleh mengganggu momentum persembahan seterusnya pasukan. 

"Soal itu (pemotongan mata), biar pihak KAFA selesaikan, tugas kami fokus dan bermain dengan sebaik mungkin pada perlawanan seterusnya. 

"Saya tetap optimis mampu mengunci serangan Pahang pada aksi Sabtu ini," katanya. Semalam, BH melaporkan ada usaha khianat daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan bola sepak Kelantan. 

Perkara itu dinyatakan Setiausaha KAFA, Datuk Ismail Md Noor, tetapi tidak menamakan pihak yang didakwa berkenaan.

Sumber : Berita Harian