Sabtu, 20 Mei 2017

Bako Dipanggil Hadiri Kem Latihan Piala Asia Lubnan di Qatar

Pemain Import Sensasi baru Kelantan, Abou Bakr El Mal dikatakan dikehendaki melaporkan diri di Kem Latihan Pasukan Piala Asia Lubnan bakal diadakan di Qatar 26 Mei sehingga 14 Jun 2017 dan juga Persediaan perlawanan menentang Malaysia 13 Jun 2017 nanti.

Perkara ini disahkan sendiri oleh Tan Sri Annuar Musa melalui facebooknya mengatakan menerima Surat Dari Persatuan Bolasepak Lubnan untuk mendapatkan khidmat Penyerang Baru Kelantan "BAKO".

Bako bakal membuat penampilan pertama bersama Kelantan 24 Mei ini menentang Pulau Pinang di Kota Bharu saingan Liga Super 2017 kemudian akan bertolak ke Qatar untuk melaporkan diri Kem Latihan Pasukan Piala Asia Lubnan.

"KAFA telah menerima SURAT DARI PERSATUAN BOLASEPAK LEBANON utk mendapatkan khidmat penyerang TRW "BAKO" EL MAL dari 26 Mei -14 June bagi KEM LATIHAN PASUKAN PIALA ASIA LEBANON DI QATAR DAN PERLAWANAN MENENTANG MALAYSIA 13/6/17
All the best !!"