RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Khamis, 18 Mei 2017

ABOU BAKR SIGN 2 MUSIM, TSAM PERCAYA BAKO JADI SUPERSTAR BARU!


KOTA BHARU: Pemain kasut emas Liga Lubnan, Abou Bakr El-Mal, sah menjadi pemain import baharu Kelantan menggantikan Mohammad Ghaddar yang berhijrah ke Johor Darul Ta'zim (JDT). 

Penasihat KAFA, Tan Sri Annuar Musa, berkata Abou Bakr atau dikenali sebagai Bako, juga rakan karib Ghaddar dan pernah bersama-sama dalam skuad kebangsaan Lubnan.


Katanya, pemain berusia 24 tahun itu yang juga penjaring terbanyak dengan 16 jaringan bersama pasukannya, Tripoli FC, dianggap pengubat kesedihan peminat TRW selepas pemain kesayangan mereka berhijrah ke pasukan lain.


"Keputusan membawa Abou Bakr ini bukanlah untuk menunjukkan Kelantan sudah mewah selepas dibayar dengan bayaran tinggi oleh JDT tetapi ia dibawa untuk memperkuatkan pasukan selepas kehilangan Ghaddar. 


"Sebaik saja Ghaddar membuat keputusan untuk berpindah, KAFA membuat perbincangan dan berhasrat mengikat pemain lebih muda dari negara Asia bagi mengisi kekosongan kuota pemain import Asia," katanya. 


Beliau berkata demikian pada sidang media pengumuman pemain import terbaru pasukan, di Hotel Perdana, di sini, hari ini. Mengulas lanjut, Annuar berkata Abu Bakr akan bersama pasukan selama dua musim sehingga penghujung tahun 2018. 


"Kita sudah menandatangani kontraknya selama dua musim dengan pasukan TRW. Saya percaya dia (Abou) bakal menjadi 'Superstar' baru buat pasukan dan jika berjalan dengan sempurna dia bakal diturun pada perlawanan menentang Pulau Pinang pada 25 Mei ini di Kota Bharu," katanya. 


Abou Bakr menjadi pemain import ketiga dibawa masuk menyertai TRW oleh penaja utama pasukan, Konsortium Al-Hamra selepas Alessandro Celin dan Mamadou Danso musim ini.


Abou Bakr adalah pemain terbaik Liga Lubnan selepas mencatatkan 16 jaringan bersama pasukannya, Tripoli FC.


Sumber : Berita Harian