RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 April 2017

Tan Cheng Hoe terpaksa akur kekal jurulatih Kedah


ALOR SETAR: Ketua Jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe akur dengan keputusan Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) yang memutuskan beliau kekal memegang jawatan sebagai ketua jurulatih. Ia diputuskan walaupun Cheng Hoe sudah menghantar Notis Penamatan Kontrak kepada KFA pada 1 April lalu.

KFA membuat keputusan berdasarkan 'status quo' Cheng Hoe masih lagi memegang jawatan itu selagi tiada tawaran rasmi dan pengesahan daripada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). 

Cheng Hoe yang masih terikat dengan kontrak perkhidmatan bersama KFA memaklumkan beliau sudah mendapat berita mengenai keputusan pengurusan KFA itu selepas latihan pasukan, petang tadi. 

"Saya akur dengan keputusan pihak pengurusan KFA yang memutuskan saya masih kekal sebagai ketua jurulatih pasukan Kedah. 

"Untuk urusan berkaitan surat tawaran rasmi daripada FAM mengenai pelantikan saya sebagai penolong jurulatih pasukan kebangsaan, biarlah kita tunggu dan lihat. 

"Buat masa ini, saya akan terus memberi fokus dan tumpuan untuk persiapan pasukan Kedah menjelang perlawanan Liga Super yang akan disambung semula serta suku akhir kedua Piala FA," katanya.

Sumber : BERITA HARIAN