RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 April 2017

FMLLP bermesyuarat bersama TMJ, Ini kata-kata TMJ buat FMLLP hasil mesyuarat

Image result for kevin ramalingam tmj
FMLLP TELAH MENGADAKAN MESYUARAT BERSAMA DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR, PRESIDEN FAM
Mesyuarat telah diadakan bersama Pengerusi FMLLP, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berkenaan isu Persatuan Bolasepak Negeri Pahang (PBNP) yang tidak membenarkan penyokong bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memasuki Stadium Darul Makmur pada perlawanan yang lepas.
Baginda bertitah supaya FMLLP tidak mengambil sebarang tindakan serta PBNP dan Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) perlu duduk semeja bersama-sama berbincang dan menyelesaikan masalah tersebut sesama mereka supaya perkara ini tidak berulang di masa akan datang demi kebaikan dan kemajuan bolasepak Malaysia.
Pada masa yang sama, baginda menasihatkan kepada ahli gabungan dan pasukan bertanding mengikuti Manual Liga Malaysia 2017 dan Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan FMLLP untuk tidak melanggar peraturan dan berlaku professional.
FMLLP menyambut baik titah DYAM Tunku dan berharap perbincangan antara PBNP dan PBNJ ini akan berjaya dengan mengutamakan penyokong serta menyumbang kepada kejayaan bolasepak Malaysia secara keseluruhan.