RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 30 April 2017

Safawi bagi petanda di Instagram Ghaddar bakal menyertai Johor Darul Takzim


Malam ini, melalui instagram pemain JDT Safawi upload gambar nota kesebelahan utama pasukan JDT, dalam gambar tersebut jelas nama pemain import Kelantan Mohammed Ghaddar seolah-olah bagi petanda pemain tersebut bakal berhijrah ke kelab Johor Darul Takzim


Sebelum ini Tan Sri Annuar Musa mendedahkan penyerang berbisa The Red Warriors (TRW), Mohammed Ghaddar cuba dipancing oleh pesaing mereka dalam Liga Super tapi tidak menyebut pasukan dari mana.

Perkara itu disahkan beliau menerusi satu kenyataan pada akaun Facebook miliknya semalam menjelaskan betapa KAFA tidak akan melepaskan penyerang dari Lubnan yang juga penjaring terbanyak Liga Super setakat ini.

"Bukan saja Ghaddar terus bersama kita, malah dia bakal berganding dengan kembar baharu tapi hanya akan diputuskan selepas perlawanan dengan Pahang pada 6 Mei ini," kata Annuar." - TSAM

"Ghaddar dilamar pasukan Liga Super dengan tawaran tertentu. Tapi KAFA tidak harus memandang wang." - TSAM

Adakah ini gurauan nakal semata-mata dari safawi untuk provoke pihak lawan atau petanda perpindahan ini benar-benar berlaku? semoga Kelantan menyekat perpindahan ini dari menjadi kenyataan.