RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 10 April 2017

RedOne sasar jualan 50k pek menarik "RedWira" percuma jersi TRW edisi terhad untuk bantu KAFA



Kota Bharu: Penaja utama The Red Warriors (TRW), RedOne Malaysia menyasarkan jualan 50,000 unit pek permulaan prabayar dengan harga RM130 seunit bagi membantu menampung sumber kewangan pasukan itu, musim ini.
Langkah terbaru itu diambil oleh RedOne sebagai tanda sokongan mereka selaku penaja TRW selama tiga tahun dalam usaha mencari dana.
Ketua Pegawai Pemasaran RedOne Malaysia, Ben Teh berkata, Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan memperoleh RM20 daripada setiap jualan pek permulaan itu atau RM1 juta seandainya berjaya mencapai sasaran jualan itu.
Katanya, wang yang didermakan itu boleh digunakan KAFA untuk membantu pasukan Kelantan terus berada dalam Liga Malaysia (Liga M).
“Pek permulaan dikenali RedWira ini dijual dengan harga RM130 seunit yang mengandungi satu kad prabayar, RM10 kredit tambah nilai automatik setiap bulan selama 12 bulan serta jersi TRW edisi terhad.
“Semua pek RedWira ini boleh didapati di semua RedOne Premier Shop dan RedOne Premier Neighbourhood Centre di negeri ini bermula kelmarin manakala peminat TRW di luar Kelantan boleh mendapatinya, 14 April ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis pelancaran RedOne Prepaid Pek RedWira dan Jersi TRW Edisi Terhad di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV, di sini, kelmarin.
Majlis itu dirasmikan Naib Presiden KAFA, Datuk Mohd Nasir Hamzah yang turut dihadiri Setiausaha Agung KAFA, Datuk Ismail Md Noor.

Sumber : METRO