RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 3 April 2017

GHADDAR JADI REBUTAN TARIK MINAT PASUKAN LAIN


Kota Bharu, Kelantan - Belum reda isu tunggakan gaji , Kelantan sekali lagi diancam bahaya apabila penyerang berbisanya , Mohammed Ghaddar didakwa cuba dipancing beberapa pasukan negeri lain sebaik pintu perpindahan pemain dibuka pada mei nanti.

Difahamkan , import kelahiran Lubnan itu dikatakan menjadi tumpuan pasukan negeri lain selepas tertarik dengan kelincahan pemain berkenaan meledak 9 gol walaupun perlawanan Liga Super 2017 belum memasuki episod ke 2.

Berbekalan sumber kewangan kukuh , pasukan terbabit mungkin berusaha memancing Ghaddar sekalipun terpaksa menebus baki kontrak semusim pemain berkenaan dengan Kelantan. 

Sumber rapat THE RED WARRIORS (TRW) berkata , beliau ada menerima panggilan orang kuat daripada pasukan berkenaan , minggu lalu diusuli pasukan negeri lain dengan masing masing meluahkan hasrat mahu mendapatkan khidmat Ghaddar

Katanya, menerusi perbualan santai itu, Ghaddar kini berada dalam radar beberapa pasukan ternama dan mungkin ditawarkan gaji lebih tinggi yang dikatakan mencecah lima angka berbanding apa diterima dengan Kelantan.

Saya tidak pasti sama ada mereka itu bergurau namun, saya pasti mereka serius mahu mendapatkan khidmat Ghaddar.

Kini, segala galanya terserah kepada pemain itu untuk membuat keputusan tepat, dan dalam hal berkenaan, jika KAFA (Persatuan Bola Sepak Kelantan) masih gagal melunaskan gaji, mungkin ada segelintir pemain tempatan termasuk import akan ke pasukan lain katanya.

Ghaddar kini bergelar "THE GLADIATOR" selepas muncul penjaring hatrik dalam tempoh 180 minit atau purata 30 minit setiap gol menerusi 2 perlawanan.

Gelaran itu diberi peminat bola sepak menerusi laman sosial Facebook selepas kehebatan pemain dari Lubnan itu menjaringkan hatrik ke atas Perak dan T-Team kurang 72 jam.
Susulan kejayaan Ghaddar meledakkan 9 gol dalam Liga Super musim ini.

Sumber : METRO