RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 2 April 2017

FAM beri amaran kepada Pahang atau FAM lupa peraturan sendiri?

Persatuan Bola Sepak Malaysia telah memberi amaran kepada pasukan Pahang selaku pasukan tuan rumah dalam perlawanan Piala FA antara Pahang dan JDT semalam, yang menyaksikan Pahang menewaskan pelawat 3-1.
Dalam siaran media yang dimuat naik di laman Facebook rasmi FAM, Pahang diberi amaran kerana telah melakukan dua perkara ini :
1- Tidak membenarkan penyokong pelawat masuk ke stadium
2- Fasiliti media yang disediakan tidak mencapai standard minimum pertandingan
Berikut adalah kenyataan rasmi FAM.
Football Malaysia LLP (FMLLP) telah dimaklumkan di dalam perlawanan Suku Akhir Pertama Piala FA antara Pahang dan Johor Darul Ta’zim di Stadium Darul Makmur pada hari Sabtu, 1 April 2017, didapati pasukan tuan rumah (PTR) tidak membenarkan penyokong pelawat memasuki stadium.
Selain itu, fasiliti media yang disediakan tidak mencapai standard minimum pertandingan.
FMLLP akan mendapatkan laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan serta pegawai yang terlibat dan akan membuat penyiasatan terhadap perkara ini.
Jika terbukti dakwaan ini benar, FMLLP akan mengambil tindakan yang sewajarnya. Ini kerana tiada tempat di Liga Malaysia di alaf era baru ini bagi mereka yang tidak mengamalkan semangat kesukanan kepada pasukan dan penyokong pasukan pelawat.
Semoga setiap pasukan tuan rumah selepas ini boleh mengambil pengajaran daripada apa yang berlaku di Kuantan semalam.
Menariknya, kenyataan di atas telah diedit daripada kenyataan sebelumnya, di mana FAM telah menyatakan bahawa antara kesalahan Pahang ialah tidak memainkan lagu negeri pasukan pelawat.
Namun, setelah menerima kritikan daripada pahlawan papan kekunci, FAM telah memadam isu berkenaan lagu negeri.
Atau pun, mungkin FAM lupa bahawa lagu negeri bukanlah satu keperluan untuk dimainkan menurut undang-undang FMLLP musim lalu. Pengurusan baru kan.
Sumber : Unit Pertandingan FMLLP
Berkenaan lagu negeri, walaupun telah ditetapkan bahawa tiada lagu negeri dalam setiap perlawanan, majoriti pasukan masih ingkar dan memasang lagu negeri masing-masing, selain lagu negaraku.
Dalam setiap perlawanan, sekurang-kurangnya dua lagu dimainkan – lagu Negaraku, lagu negeri tuan rumah dan ada juga yang memainkan lagu negeri pasukan pelawat. Kerana taksub dengan lagu, UiTM FC turut memasang lagu UiTM sebelum perlawanan bermula.
Pemain dah elok memanaskan badan, terpaksa berdiri tegak 15-20 minit untuk habiskan semua lagu akhirnya, pemain pun dah sejuk balik. Bila pemain bermain seperti budak sekolah, kau marah.
Lain kali semua pasukan mainkan lagu Negaraku je. Dalam peta FIFA hanya ada Malaysia, bukan ada 14 negeri pun.
Itu lah, bila sembang nak swastakan liga, kau sembang buat kelab-kelab berasaskan daerah lah, bandar lah, residensi lah, konurbasi lah tapi tang taksub negeri tu kau tak nak lepaskan.
Sumber : thesukan.com