RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 10 April 2017

Selepas dimalukan JDT 7-0, Melaka United Ambil Keputusan Tamat Kontrak Pemain


MELAKA: Selepas dibelasah Johor Darul Ta'zim (JDT), 7-0 dalam saingan Liga Super di Larkin malam tadi, Melaka United dijangka melakukan rombakan drastik dalam usaha memperkukuhkan semula skuad itu.

BACA: JDT Belasah MU Sampai Lumat

Ini termasuk kemungkinan menyingkirkan pemainnya yang gagal menyerlah dalam perlawanan itu termasuk empat pemain import iaitu kapten pasukan, Ilja Spasojevic dari Montenegro, Sergio Aguero (Argentina), Godwin Antwi (Ghana) dan Jeon Woo Young dari Korea Selatan.

Perkara itu disahkan oleh Pengurus MU, Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi kepada BH Online sebentar tadi. Mohd Yusoff mengakui sangat kecewa dan terkejut dengan kekalahan besar Melaka United itu.
"Saya terkejut dengan persembahan hambar empat import berkenaan yang gagal berfungsi ketika berdepan skuad Harimau Selatan sehingga kecundang dengan jaringan besar.

"Selain mereka, jurulatih Eric Williams juga berdepan tindakan sama jika masih gagal menyusun strategi terbaik pada baki dua perlawanan pusingan pertama selepas ini," katanya selepas perlawanan itu.

Yusoff berkata keempat-empat import terbabit buat pertama kali diturunkan dalam perlawanan berkenaan selepas tidak dapat diturunkan serentak akibat kecederaan dalam lapan aksi sebelum ini.

"Namun persembahan mereka di Larkin amat mengecewakan dan di luar jangkaan.

"Apapun, kami masih memberi mereka peluang mereka membuktikan sesuatu pada pertemuan berdepan FELDA United dan PKNS FC selepas ini. Jika prestasi tidak memberangsangkan, pihak pengurusan tidak teragak-agak menggugurkan semua mereka menjelang jendela perpindahan pemain Mei ini.

"Sebelum ini, tiga import sudah menerima amaran keras untuk mereka meningkatkan prestasi masing-masing. Justeru sudah pasti tiga daripada mereka akan digantikan menghadapi pusingan kedua," katanya.

Sumber :  BERITA HARIAN