Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar
Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:
Selasa, 28 Mac 2017
Video : Wan Kuzain Aksi Pertama Di Liga Profesional Amerika
Sejarah tercipta buat anak Malaysia apabila Wan Kuzain Wan Kamal,18, telah berjaya membuat kemunculan pertamanya selaku pemain profesional dalam Liga Soccer United (USL) dengan membarisi kesebelasan utama Swope Park Rangers menentang OKC Energy, semalam, lapor Harian Metro.
Kuzain yang pernah mendapat jolokan 'Messi Amerika' telah memakai jersi nombor 75 berjaya mengemudi bahagian tengah pasukan dengan baik di mana berjaya membantu kelabnya itu bangkit daripada ketinggalan untuk merakam kemenangan 3-1.
Ayahnya, Prof Dr Wan Kamal Napi berkata penampilan pertama Kuzain dalam saingan divisyen dua liga utama negara Uncle Sam itu bukan saja melakar sejarah tersendiri, malah turut muncul anak Melayu pertama beraksi.
"Kuzain berjaya memberi impak berbeza dalam persembahan pasukannya dan berjaya mengawal jentera tengah dengan baik dan sempurna."
“Semua jurulatih dan rakan sepasukannya memuji persembahan Kuzain. Mereka berpendapat aksi pertama Kuzain di Liga USL itu sangat baik.
“Saya sendiri biasanya agak sukar untuk memberi pujian ke atasnya, tapi melihatkan permainannya dia berhak diberi kredit biarpun itu adalah penampilan pertama di pentas tertinggi,” katanya semalam.
Dalam laporan yang dikeluarkan, nama Wan Kuzain telah tercatat sebagai permain yang membuat hantaran tepat tertinggi dalam laporan mingguan dalam Liga USL iaitu 96.1% diikuti rakannya Colton Storm 95.3%.
Wan Kuzain yang pernah mewakili skuad bawah 17 tahun Amerika Syarikat (AS) dan berlatih dengan Sporting KC B-18 selain pernah dijemput menjalani latihan bersama gergasi Liga Eredivisie, Feyenoord di Belanda. Sumber : Rise of the Panthers