PERSOALAN siapa bakal diangkat sebagai Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) terjawab apabila presidennya, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengekalkan Datuk Hamidin Mohd Amin.

(PART 7 Melalui sidang media bersama Tunku Ismail yang turut dihadiri oleh wartawan Mingguan Malaysia iaitu Fadhilul Izmel Ishak, Sufian Hadi Mohd. Sojak dan Mohammad Rozaidi Zulkifli. 

Bagaimana status kedudukan Datuk Hamidin Mohd Amin sebagai Setiausaha Agung FAM?
TMJ: "Ramai orang tanya soalan ini, yang buat kerja adalah presiden, yang kena memastikan semua orang buat kerja adalah presiden dan untuk masa ini Datuk Hamidin kekal sebagai Setiausaha Agung.
"Dan jika Datuk Hamidin tak buat kerja dan tidak menepati apa yang diharapkan, minta maaflah Datuk (Hamidin).
"Saya hanya ingin seorang yang boleh memberi sumbangan kepada organisasi bola sepak tanah air, selagi boleh membuat kerja, saya tidak melihat ia satu masalah siapa jadi setiausaha agung yang penting orang atas daripada setiausaha agung itu pandai membuat kerja daripada dia.
Tunku Ismail berkata demikian apabila ditanya siapa bakal mengisi jawatan itu selepas beliau disahkan sebagai Presiden FAM yang baharu pada kongres berkenaan. Sementara itu, Hamidin yang ditemui selepas sidang media berkenaan berterima kasih kepada media kerana membangkitkan soalan berkenaan.
"Baguslah, sekurang-kurangnya selepas terjawabnya soalan itu, tiada lagi khabar angin dan spekulasi daripada pihak lain mengenai status saya," katanya. - Bernama

Kembali ke Part 6
Sambung ke Part 8

Sumber : SINAR HARIAN & UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd