KHALID ALI
Bekas pemain negara era 1970an dan 1980an, Khalid Ali berkata, mereka yang menolak panggilan itu, perlu berasa kesal kerana tidak bersikap profesional dan bertanggungjawab untuk mewakili negara sebelum ini.

“Saya masih kecewa dengan tindakan pemain yang enggan beraksi di saat negara memerlukan khidmat mereka pada Piala AFF Suzuki 2016...mereka seolah-olah mempermainkan maruah negara,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini. - BERNAM

Beliau mengulas hasrat empat tonggak Johor Darul Ta'zim (JDT) yang mahu menyarung kembali jersi kebangsaan selepas berlakunya perubahan kepimpinan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang kini diterajui Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Khalid berkata kualiti empat pemain itu - Aidil Zafuan Abdul Radzak, Safiq Rahim, Mohd Amirulhadi Zainal dan S.Kunanlan, bukanlah yang terbaik dalam Liga Malaysia ketika ini.

Media tempatan melaporkan empat pemain itu yang sebelum ini mengumumkan persaraan pada Julai 2016, kini bersedia membuat 'pusingan U'.

Mereka dilaporkan mahu menyertai semula skuad negara selepas Tunku Ismail mengumumkan pelantikan bekas pengendali JDT, Mario Gomez sebagai ketua jurulatih skuad negara. - Bernama