LONDON 28 Mac - Gara-gara tidak puas hati dengan sepakan penalti yang dihadiahkan kepada Liverpool, Manchester City didenda 35,000 pound (RM193,550) atas kesalahan bertindak terlalu agresif ke atas pengadil perlawanan.
City yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan salah laku itu minggu lalu didapati melanggar Peraturan E20(a) oleh FA England selepas pemain-pemain City mengerumuni pegawai berbaju hitam pada aksi kedua-dua pasukan 19 Mac lalu.
Protes yang dilakukan dianggap keterlaluan termasuk selepas James Milner menyempurnakan sepakan penalti tersebut. Perlawanan itu bagaimanapun berakhir dengan kedua-dua pasukan seri 1-1 selepas City berjaya menyamakan kedudukan menerusi Sergio Aguero. - AFP
Sumber: UTUSAN
© Utusan Melayu (M) Bhd