KUALA LUMPUR 25 Mac - Datuk Seri Afandi Hamzah menegaskan, kegagalannya mempertahankan jawatan Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tiada kaitan dengan pengunduran Tan Sri Annuar Musa daripada bertanding merebut kerusi No. 1 badan induk itu, kelmarin.
Akur dengan kekalahan itu dalam Kongres FAM ke-53 sebentar tadi, Afandi yang juga Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) berkata, pengunduran tersebut sebaliknya mencerminkan keharmonian dan kemesraan dalam pentadbiran bola sepak negara.
“Saya ucapkan setinggi tahniah kepada dua calon yang memenangi kerusi Timbalan Presiden FAM (Datuk Mohd. Yusoff Mahadi dan Datuk Seri Subahan Kamal).
Saya yakin mereka yang dipilih adalah individu yang berwibawa dan mampu membawa bola sepak negara ke tahap yang tertinggi.
Saya yakin mereka yang dipilih adalah individu yang berwibawa dan mampu membawa bola sepak negara ke tahap yang tertinggi.
“Pengunduran Annuar daripada bertanding mempengaruhi keputusan ini? Saya rasa tiada. Bagi saya, inilah suasana pertandingan dalam FAM, menyaksikan setiap perwakilan berhak menentukannya,” katanya.
Afandi sekadar meraih 6 undian berbanding dua lagi pencabarnya, Mohd. Yusoff (33) dan Subahan (37) dalam saingan tiga penjuru bagi merebut jawatan Timbalan Presiden dalam Kongres FAM ke-53 di Hotel Hilton, di sini, sebentar tadi.- UTUSAN ONLINE
Sumber : UTUSAN © Utusan Melayu (M) Bhd