![]() |
KOTA BHARU 28 Feb. - Pengendali Kelantan Zahasmi Ismail mahu tonggak pertahanannya Mamadou Danso bangkit dan kembali ke prestasi sebenar pada pertemuan Liga Super menentang Perak di Stadium Ipoh, malam esok. |
![]() |
MAMADOU DANSO
|
Zahasmi berkata, sejak akhir-akhir ini, Danso dilihat beraksi dibawah keupayaan sebenar dan tidak seperti sebelum ini sekaligus menyaksikan pemain tersebut kurang efektif membantu pasukan.
"Benteng pertahanan telah melepaskan tujuh gol, itu tidak bagus buat pasukan Kelantan.
"Saya mahu dia lebih bersuara dalam memberikan arahan dan membentuk gandingan mantap bagi mengekang asakan pasukan lawan," katanya.
Zahasmi memberitahu, Kelantan amat memerlukan khidmat Danso kerana dia amat kaya dengan pengalaman sekaligus dapat membimbing barisan pemain muda di posisi itu.
Katanya, dia tetap optimis Danso akan kembali bangkit untuk membantu Kelantan mengharungi saingan Liga Super. -UTUSAN ONLINE
Sumber : UTUSAN
Sumber : UTUSAN