RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 1 Februari 2017

TAK DENGAR BUNYI WISEL - MIGNOLET

PENJAGA gol Liverpool, Simon Mignolet cuba menyelamatkan sepakan
PENJAGA gol Liverpool, Simon Mignolet cuba menyelamatkan sepakan penalti penyerang Chelsea, Diego Costa dalam aksi Liga Perdana Inggeris, semalam. - REUTERS 

LONDON 1 Feb. - Penjaga gol Liverpool, Simon Mignolet berkata, dirinya tidak mendengar bunyi tiupan wisel untuk memulakan perlawanan semula sebelum David Luiz menjaringkan gol menerusi sepakan percuma bagi membolehkan Chelsea mendahului pada aksi Liga Perdana Inggeris yang berakhir dengan keputusan 1-1.

Kata Mignolet, ketika itu dirinya masih berada dalam posisi tidak bersedia apabila Luiz berlari dan dengan pantas melakukan sepakan percuma tersebut.

“Saya tidak mendengar bunyi wisel tersebut dan kemudian dia terus melakukan sepakan.

“Itu adalah sepakan percuma yang amat bagus namun dalam perlawanan sebegini anda harus memberikan peluang untuk lawan anda bersedia malangnya itu tidak berlaku,” kata Mignolet.

Dalam pada itu, pemain Chelsea, Luiz berkata dirinya amat gembira kerana jaringan tersebut berjaya mengelirukan Mignolet.

“Kadang-kala anda perlu melakukan kejutan.

“Itu bukan waktu yang terbaik untuk saya cuba melakukan sepakan percuma kerana masalah lutut dan untuk mendapatkan sepakan percuma yang baik anda perlu melakukan latihan lebih kerap.

“Namun kadang-kala anda perlu merasa keseronokan perlawanan tersebut,” kata Luiz. 


SUMBER : UTUSAN