RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 1 Februari 2017

DANSO TIDAK PEDULI STATUS PASUKAN TERHEBAT JDT


PERTAHANAN import Kelantan, Mamadou Danso tidak peduli dengan status Johor Darul Ta’zim (JDT) selaku pasukan terhebat di negara ini menjelang pertemuan kedua-dua pasukan itu pada perlawanan berprofil tinggi Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu

Bagi bekas pemain skuad kebangsaan Gambia itu, dia sedikit pun tidak gentar untuk berdepan skuad kendalian Benjamin Mora memandangkan The Red Warriors (TRW) mempunyai kelebihan tersendiri bermain di gelanggang keramat mereka.

Menurutnya, fokus dia kini adalah bermain sepenuh jiwa untuk membantu skuad pantai timur itu memburu kemenangan kedua tanpa memikirkan reputasi pasukan berstatus kelab selatan tanah air itu.

“Kami hanya fokus kepada (persiapan) pasukan bukan memikirkan tentang kekuatan lawan. JDT mungkin sebuah pasukan yang kuat dan sempurna tetapi saya fikir Kelantan juga antara (pasukan) nama besar dalam liga di negara ini.

“Ia bakal menjadi satu pertemuan menarik, tetapi kami tidak akan menukar strategi hanya kerana bertemu mereka. Kami mahu JDT sesuaikan dengan corak permainan Kelantan, bukan kami yang perlu berbuat demikian,” katanya kepada pemberita semalam.

Jelas pemain berusia 34 tahun itu, kejayaan menewaskan PKNS FC pada aksi pertama merupakan satu permulaan baik bagi mereka dalam menanti kunjungan juara Liga Super musim lalu itu, di laman sendiri nanti.

“Saya fikir pasukan bermain dengan baik terutama apabila meraih tiga mata di tempat lawan sekalipun saya tidak begitu gembira apabila melepaskan jaringan kepada PKNS FC tetapi ini lumrah dalam bola sepak.

“Kami boleh menang setiap hari, namun apa yang penting kami pulang dengan tiga mata dan itu sudah pasti ia akan meningkatkan lagi tahap keyakinan semua pemain untuk menghadapi JDT,” katanya.

Dalam masa sama, Danso yang pernah wakili Portland Timbers dalam Liga Super Major di Amerika Syarikat menjelaskan, dia tidak berdepan masalah untuk membentuk gandingan bersama pemain tempatan di benteng pertahanan pasukannya.

“Semuanya amat baik, mereka membuatkan saya berasa selesa di sini. (Membentuk) keserasian memang mengambil sedikit masa tetapi kami sedang berusaha membina persefahaman di antara satu sama lain dan itu perkara asas dalam bola sepak,” katanya.


SUMBER : SINAR HARIAN