RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Ahad, 26 Februari 2017

Pertaruhan ikan laga di kala solat Jumaat


Mohd Said (tengah) menunjukkan sebahagian daripada 30 botol yang mengandungi ikan laga ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman, FOTO Shamsudin Husin

Chukai: Sekumpulan 12 lelaki termasuk warga emas berusia 72 tahun ditahan ketika leka menyaksikan perlawanan ikan laga sewaktu umat Islam bersiap untuk solat Jumaat di Kampung Air, Mak Chili, dekat Chukai, Jumaat lalu.

Kegiatan mereka disedari penduduk kampung yang bertindak membuat laporan polis selepas mengesyaki kumpulan berkenaan melakukan pertaruhan.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Mohd Said Ibrahim berkata, seramai 12 daripada 20 lelaki berusia antara 24 hingga 72 tahun ditahan polis pada jam 1.30 tengah hari dalam semak di kampung berkenaan.

"Polis merampas 30 botol mengandungi ikan laga dan lapan kayu pancang sepanjang satu meter dijadikan tempat letak botol ikan laga terbabit.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. Bagaimanapun, ketika ditahan polis tidak menemui sebarang wang pertaruhan diletakkan di tempat laga ikan terbabit.

“Wang yang dipercayai digunakan sebagai pertaruhan berada pada badan masing-masing," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman, hari ini.

Sumber : METRO