RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 18 Februari 2017

Kem Kelantan diselubungi masalah kecederaan dua pemain utamanya


Kem Kelantan diselubungi masalah kecederaan dua pemain utamanya, kapten, Badhri Radzi, dan Muhammad Ghaddar, menjelang pertembungan dengan Kedah dalam aksi Liga Super, esok.

Luka yang melibatkan sembilan jahitan di kepala Badhri masih belum sembuh, namun anak jati Kelantan itu masih meneruskan sesi latihan hari ini.

Badhri menegaskan dia tidak menetapkan sebarang syarat seandainya pengendali, Zahasmi Ismail, terpaksa menggunakan khidmatnya.

"Serius itu tidaklah tetapi jika jurulatih mahu turunkan saya, itu bukan masalah bagi saya. Ini adalah tanggungjawab kami untuk bermain kerana yang penting kami mengutip tiga mata di Kota Bharu," jelas Badhri.

Kecederaan Ghaddar turut merunsingkan Zahasmi selepas menjalani rawatan pada Jumaat.

Pemain kelahiran Lubnan itu didapati belum cergas sepenuhnya untuk bersama menjalani latihan akhir.

"Kami memang mengharapkan kedua-dua pemain ini dan sumbangan mereka memang banyak tetapi apa yang berlaku ini perkara biasa.

"Jika kami perlukan khidmat pemain lain sebagai ganti, itulah yang akan kami lakukan, ujar Zahasmi.

Tambah Zahasmi, kemenangan amat penting esok memandangkan mereka cemerlang dengan dua kemenangan dalam dua aksi Liga Super  sebelum ini.


SUMBER : STADIUMASTRO