Penyerang Kedah, Ahmad Fakri Saarani (depan) melepaskan rembatan pada aksi pertemuan Liga Super menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, sebentar tadi.
KELANTAN gagal mengekalkan momentum kemenangan apabila kecundang 0-1 kepada Kedah pada saingan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi.
Jaringan sepakan penalti kapten, Baddrol Bakhtiar pada minit ke-81 memastikan Kedah pulang penuh bergaya dengan tiga mata ke Alor Setar.
Kemenangan tersebut mengekalkan Kedah di puncak liga dengan 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua kali seri.
Seawal minit ketiga, tuan rumah mencemaskan gawang pelawat apabila Mohd Daudsu Jamaludin mengumpan bola ke dalam kotak penalti namun tampanan Mohd Norfarhan Muhammad diselamatkan penjaga gol, Mohd Ifwat Akmal Che Kassim.
Tiga minit berselang, pintu gol Kedah cemas seketika apabila sepakan bebas kapten, Mohd Badhri Radzi menuju tepat ke arah Alessandro Celin namun tandukannya sekali lagi dinafikan Mohd Ifwat Akmal.
Menghampiri minit ke-20, pemain gantian, Mohd Danial Ashraf Abdullah berjaya merampas bola di kaki Zachary Anderson namun percubaan lemahnya mudah diselamatkan penjaga gol lawan.
Peluang terbaik Kelantan hadir sekali lagi lima minit kemudian namun sepakan penjuru inswinger Mohd Badri sempat dikuis keluar Mohd Ifwat Akmal sebelum rembatan susulan Mohd Danial Ashraf melepasi palang.
Pelawat yang dilihat sukar menembusi benteng pertahanan tuan rumah sejak awal permainan bagaimanapun hampir memecahkan kebuntuan apabila Baddrol melepaskan rembatan kencang namun terkena palang ketika Khairul Fahmi Che Mat sudah tertewas di posisinya, pada minit ke-27.
Skuad Lang Merah yang kembali rentak permainan sebenar terus mengasak kubu akhir tuan rumah pada minit ke-35 namun tolakan Ken Ilso Larsen hasil hantaran sempat ditampan keluar Khairul Fahmi.
Keghairahan Kedah mencari jaringan menjelma lagi pada minit ke-42 namun percubaan jarak jauh Mohd Amirul Hisyam Awang Kechik tersasar di sebelah kanan gawang Kedah ketika Khairul Fahmi tertewas di posisinya.
Bersambung babak seterusnya, kedua-dua pasukan kembali mengaturkan serangan dengan bek kiri tuan rumah, Mohd Qayyum Marjoni Sabil bijak melintang bola di depan pintu gol lawan namun percubaan Mohd Norfarhan gagal menepati sasaran, pada minit ke-50.
Tuan rumah terus kempunan untuk mencipta gol pertama apabila tampanan Indra Putra Mahayuddin hasil lambungan Mohd Badhri setelah penjaga gol Kedah gagal menangkap kemas bola dikeluarkan rakan sepasukannya, seminit kemudian.
Namun selepas itu, penguasaan permainan bertukar milik skuad Tan Cheng Hoe apabila mempunyai sekurang-kurangnya lima peluang untuk menjaringkan gol tetapi dinafikan ketangkasan Khairul Fahmi.
Minit ke-57, Ilso melepaskan rembatan kencang yang diselamatkan Khairul Fahmi disusuli percubaan Mohd Rizal Ghazali melepasi palang, seminit kemudian.
Penjaga gol nombor satu negara itu terus menjadi penghalang buat Kedah untuk mencetak jaringan apabila menidakkan dua percubaan tepat Ilso Larsen, pada minit ke-60 dan 65.
Khairul Fahmi sekali menjadi wira apabila menguis keluar bola tanduk Nik Mohd Shahrul Azim Ab Halim ke gawang sendiri yang nyaris memberikan gol buat pelawat, pada minit ke-68.
Pintu gol Kelantan terselamat daripada dibolosi apabila Khairul Fahmi menyelamatkan rembatan kencang Baddrol hasil serangan balas pantas Kedah, pada minit ke-76.
Kekebalan Khairul Fahmi bagaimanapun berakhir tidak lama kemudian apabila gagal menyekat sepakan penalti Baddrol setelah dia sebelum itu bertindak menjatuhkan Muhammad Syafiq Ahmad di dalam kotak penalti, pada minit ke-81.
SUMBER : SINAR HARIAN