Perkara tersebut didedahkan menerusi akaun Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers (JST) hari ini.

“Kelab Bola Sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal melakukan tiga perubahan dan salah satunya adalah JDT akan mendaftarkan DYAM Tunku Mahkota Johor, pemilik Kelab Bola Sepak JDT sebagai pemain apabila jendela perpindahan pemain dibuka pada bulan Mei ini.

“Ia merupakan sejarah baru dalam negara dan kelab apabila ‘owner club’ didaftarkan sebagai ‘owner/player’ di Liga Super Malaysia dalam satu masa. Luaskan Kuasamu Johor,” kata kenyataan tersebut. - UTUSAN ONLINE

Sumber : UTUSAN