RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 28 Februari 2017

Indra Putra yakin badi kekalahan pasukan itu akan berakhir


KOTA BHARU: Penyerang The Red Warriors (TRW), Indra Putra Mahayuddin yakin badi kekalahan pasukan itu akan berakhir menjelang pertemuan menentang Perak di Stadium Ipoh, malam esok. 

TRW kini menghuni tangga ke-10 carta Liga Super selepas tiga kali tercicir mata berharga di laman sendiri apabila tewas kepada Kedah (1-0), Melaka (2-0) dan Selangor (2-0) tetapi Indra yakin rentetan kekalahan itu mampu dihentikan biarpun beraksi di gelanggang lawan. 

"Kami perlu fokus sepanjang 90 minit permainan dan beraksi dengan semangat juang tinggi, lebih-lebih lagi ketika bermain di depan penyokong tegar The Bos Gaurus yang tentunya akan membakar semangat pemain tuan rumah. 

"Jika menang, pasti ia menjadi suntikan moral kepada kami untuk menentang T-Team di laman sendiri pula, Sabtu ini. 

"Kekalahan tiga kali berturut-turut harus dijadikan iktibar dan TRW perlu bangkit," katanya. 

Sementara itu, pertahanan TRW, Nik Mohd Shahrul Azim Abdul Halim berkata, reputasi skuad kendalian bekas jurulatih Selangor, Mehmet Durakovic tidak harus dipandang walaupun dia masih baharu mengendalikan Perak. 

"Tanpa Karl Heinz Weigang (bekas jurulatih Perak), tidak bererti TRW berdepan tugas mudah kerana sentuhan Durakovic juga mula menampakkan hasil apabila mereka mengikat Felda United 2-2 di Jengka. 

"Malah The Bos Gaurus juga memiliki beberapa pemain berkualiti seperti penyerang import Thiago Junio De Aquino dan bekas pemain Johor Darul Ta'zim II (JDT II), Muhammad Zaquan Adha. 

"Penyerang berbisa mereka juga harus dikawal rapi dan kami perlu mengelak kesilapan mudah yang boleh membawa padah," katanya. 


SUMBER : BERITA HARIAN