RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 28 Februari 2017

Bekas Pemain Kebangsaan beranggap TMJ nak jadi pemain bola hanya sindiran semata-mata

Gambar : FIRDAUS HASHIM

Kuala Lumpur: Bekas pemain kebangsaan Bakri Ibni (gambar) menyifatkan kenyataan Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang bersedia untuk menjadi salah seorang pemain Johor Darul Ta’zim (Johor DT) pada jendela perpindahan kedua Mei ini hanyalah sekadar sindiran semata-mata.
Katanya, agak mustahil buat TMJ untuk beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M) yang memerlukan kepantasan dan kemahiran individu baik sebelum dapat diturunkan.
Sebagai ‘orang lama’ yang sudah lali dengan senario bola sepak tempatan, Bakri percaya kenyataan pemilik kelab Harimau Selatan itu tidak lebih sekadar sindiran kepada sesetengah pihak terutama buat pencabarnya dalam merebut kerusi Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) iaitu Tan Sri Annuar Musa.
“Bagi saya beliau (TMJ) seorang yang ada ilmu. Beliau sebenarnya bukan mahu sangat bermain tapi lebih kepada menyindir Annuar menjelang Kongres FAM bulan depan.
“Mesej yang saya nampak seperti beliau ingin menunjukkan seorang pemimpin persatuan bukan setakat tahu menguruskan organisasi saja tapi juga tahu bagaimana untuk bermain selain menjalinkan hubungan rapat dengan pemain supaya mengetahui masalah mereka.
“Namun untuk TMJ bermain saya rasa tidak sama sekali. Lagipun, beliau sebenarnya lebih hebat bermain sukan polo berbanding bola sepak,” katanya kepada Arena Metro, semalam.
Kelmarin, menerusi satu kenyataan di akaun rasmi Johor Southern Tigers, Johor DT menjanjikan tiga perubahan besar dilakukan pada Mei ini dalam usaha mempertahankan dua kejuaraan yang dimenangi musim lalu iaitu Piala FA dan Liga Super.
Antara tiga perancangan itu, idea untuk mendaftarkan TMJ sebagai pemain Johor DT nyata mengejutkan banyak pihak yang tidak sabar untuk menyaksikan aksinya di tengah padang.
Bagaimanapun, cadangan itu mendapat tentangan bekas Naib Presiden FAM, Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar yang mengganggap tindakan menurunkan TMJ dalam saingan liga akan menggugat fokus dan tumpuan pihak lawan dan pengadil.
“Bermain dalam liga utama atau aksi persahabatan tahapnya berbeza. Jadi agak mustahil untuk TMJ menyesuaikan diri kerana beliau sudah tentunya memerlukan sekurang-kurangnya tujuh ke lapan aksi kompetitif untuk bermain.
“Kalau tidak saya bimbang mungkin beliau akan mudah menerima kecederaan ketika beraksi nanti,” ujarnya.

Sumber : METRO