RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 28 Februari 2017

DANSO MAHU BANGKIT BAGI MENGHADAPI RABU INI


Pemain pertahanan Kelantan, Mamadou Danso, mahu mengambil pengajaran daripada ketumpulan benteng pasukannya selepas mengalami kekalahan ketiga dalam saingan Liga Super menentang Selangor di Kota Bharu.

Danso berkata dia dan rakan sepasukan telah bekerja keras untuk menghalang asakan lawan di benteng pertahanan, malangnya Selangor lebih bijak mencuri peluang menjaringkan dua gol untuk menewaskan pasukan tuan rumah 2-0.

Bagaimanapun, pemain dari Gambia itu mengharapkan kebangkitan semula pasukan untuk segera melupakan kekecewaan bagi kembali fokus terhadap perlawanan seterusnya

"Kami perlu bangkit dan cuba menguatkan kembali mentaliti bagi menghadapi aksi pada Rabu ini. Kekalahan ini perlu dilupakan dan kekal positif bagi menghadapi ujian akan datang."

Meskipun pahit untuk ditelan, penolong jurulatih Kelantan, Sathit Bensoh, mengharapkan anak buahnya dan ketua jurulatih, Zahasmi Ismail, tidak berputus asa untuk mencipta kemenangan.

"Selepas dua kemenangan di laman lawan, kami tewas di laman sendiri. Kami perlu memastikan pemain kekal yakin dan tidak dihimpit tekanan," katanya.


Sumber : STADIUMASTRO