RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Selasa, 28 Februari 2017

BERI MASA KEPADA THE RED WARRIORS

Berakhirnya perlawanan Kelantan berdepan Selangor dalam saingan Liga Super Sabtu lalu dengan keputusan 2-0 di mana Kelantan tewas untuk kali ketiga di laman sendiri. 

Pastinya satu keputusan yang tidak dapat diterima oleh sekitar 2000 penyokong yang hadir di mana angka berkenaan makin menurun berbanding aksi pertama di Stadium Sultan Muhammad IV menentang Kedah dengan kehadiran 20,000 penyokong

Sukar untuk saya gambarkan raut wajah ketua jurulatih, Zahasmi Ismail, sejurus berakhir perlawanan berdepan Selangor ketika itu. Sedih, kecewa, runsing dan mungkin pelbagai lagi perasaan yang bermain di fikirannya waktu itu. 

Mungkin sukar untuk Zahasmi memberi sebarang komen di mana penolong jurulatih, Sathit Bensoh, yang mewakilinya hadir untuk mengulas aksi pemain dalam sidang media Sabtu lalu.

"Jurulatih, okay?" Itu soalan pertama yang saya tanyakan kepada Zahasmi sejurus berakhir sidang media di mana saya terus mencari kelibat jurulatih itu untuk berkongsi rasa. 

Dia hanya menggeleng kepala sahaja dan mengatakan semuanya tidak menjadi pada malam itu. Dia sedar kata-kata yang dilemparkan penyokong kepadanya apabila tewas kepada Melaka United 21 Februari lalu dan kekalahan kali ketiga ini makin memberi tekanan buatnya. 

Risau juga jika dia membuat satu keputusan drastik pada malam itu untuk tidak lagi mengendalikan juara treble 2012 ini. Zahasmi hanya tersenyum apabila saya mengharapkan kesabarannya agar tidak membuat apa-apa keputusan lagi untuk berundur. Apa tidaknya, sesetengah penyokong sudah menyalahkan jurulatih itu atas tiga kekalahan berturut-turut ini.

Tiada persiapan pra-musim yang lengkap, kehadiran pemain import di saat akhir iaitu sehari sebelum aksi pembukaan Liga Super bulan lalu antara punca Zahasmi harapkan penyokong memahami situasinya di mana bukan mudah untuk membentuk skuad terbaik dalam waktu yang singkat. 

Hanya sokongan dan semangat daripada penyokong yang diharapkan pasukan itu buat masa ini khususnya untuk aksi seterusnya berdepan Perak, Rabu ini. 

Pasti bukan mudah untuk menentang pasukan kendalian jurulatih baru, Mehmet Durakovic ini. Sama-sama kita nantikan. 


SUMBER : STADIUM ASTRO