RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 1 Februari 2017

Annuar minta alasan munasabah FMLLP tunda aksi secara tiba-tiba


TAN Sri Annuar Musa. - Foto Yazit Razali 


KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa meminta Usahasama Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) memberikan penjelasan berhubung keputusan menunda aksi Liga Super antara Kelantan dan Johor Darul Ta'zim (JDT) yang dijadualkan Sabtu ini.

Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) itu berkata, FMLLP perlu memberikan penjelasan di sebalik keputusan itu dengan menegaskan jadual asal sudah mengambil kira perlawanan JDT di pusingan kedua dan playoff kelayakan Liga Juara-Juara Asia (ACL).

Menurutnya, keputusan itu juga jelas bertentangan dengan peraturan sedia ada yang menetapkan bahawa sebarang permohonan untuk menunda jadual perlawanan mesti dibuat dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh asal.

"Benarkah perlawanan TRW VS JDT 4hb telah ditunda saat akhir? Jika benar SAYA MINTA FMLLP jelaskan di bawah peraturan mana ianya dibuat.

"Di bawah peraturan sedia ada, penundaan tertakluk kpd peraturan bertulis LIGA M... antaranya penundaan memerlukan permohonan 14 hari lebih awal... Jika peraturan 14c hendak dipakai pun, NOTIS 7 HARI diperlukan.

"Jadual sedia ada sudah mengambil kira kelayakan JDT ke AFC dan playoff yg sudah lama ditetapkan. JDT hanya perlu berada di Osaka pada 5hb dan bukannya 4hb.

"SETIAP pasukan pula mempunyai 30 pemain yg boleh digilirkan. Namun faktor memberi masa rehat utk JDT boleh difahami.

"Tapi isunya KENAPA JADUAL ASAL TIDAK MENGAMBIL KIRA FAKTOR INI DAN PERTUKARAN SAAT AKHIR MERUGIKAN PENYOKONG TUAN RUMAH YG TELAH MENGAMBIL CUTI, MEMBELI TIKET PENERBANGAN DAN SEBAGAINYA...

"Justeru elok FMLLP membuat penjelasan supaya mereka tidak di LIHAT tunduk kepada pihak tertentu tanpa mengambil kira kesan kpd pasukan tuan rumah.

"APA PUN KITA SETUJU SESETENGAH PASUKAN PERLU DIBERI REHAT YG BANYAK SEBELUM KE KOTA BHARU.MAKLUMLAH KOTA BHARU KAN? KAN?," katanya dalam entri terbaru menerusi akaun Facebooknya di sini, hari ini.

Terdahulu, FMLLP hari ini memaklumkan perlawanan tumpuan itu ditunda ke suatu tarikh baharu yang akan diberitahu kelak.

Difahamkan penundaan tarikh itu adalah kerana jadual perlawanan yang terlalu rapat disebabkan JDT layak ke perlawanan penentuan Liga ACL menentang Gamba Osaka di Jepun, Selasa ini.


SUMBER : BERITA HARIAN