RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 25 Februari 2017

Agong solat Jumaat bersama warga Telekom

Sultan Muhammad V berkenan menunaikan solat Jumaat di Surau Menara TM, Bangsar. FOTO Khairull Azry Bidin

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V berangkat menunaikan solat Jumaat semalam di Surau Menara Telekom Malaysia (TM).
Baginda memakai jubah serta berkopiah putih dan diiringi oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki; Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan Pengerusi TM, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob.
Selepas selesai menunaikan solat fardu Jumaat, baginda dilihat mendirikan solat sunat dua rakaat.
Kesempatan itu juga, Sultan Muhammad V mencemar duli dengan meluangkan masa bertemu dengan jemaah surau kira-kira 10 minit.

SUMBER : METRO