Hendak tahu status permohonan dan rayuan BR1M 2017 anda samada berjaya atau tidak? Jawapannya semak BR1M 2017 secara online dan sebagainya.Sebenarnya terdapat beberapa cara untuk menyemak status permohonon BR1M seperti dinyatakan di bawah ini.
Kerajaan sebelum ini telah mengumumkan bahawaBantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2017/6.0 akan dinaikkan untuk semua kategori penerima. Maklumat semakan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masa kesemasa.
Semakan Keputusan Status Permohonan BR1M 2017
Semakan status BR1M 2017 boleh disemak menggunakan kaedah berikut :-1. Semak Online
- Boleh disemak di STATUS BR1M 2017. Permohonan hanya menggunakan MyKad (12 Digit) sahaja.
Status Permohonan
Berikut diantara status yang terpapar selepas pemohon membuat semakan secara online:-- Diterima : Permohonan Telah Didaftar
- Dalam Proses : Permohonan Dalam Proses Semakan Dan Verifikasi Kelayakan
- Ditangguhkan : Pemohon Perlu Membuat Kemas Kini Maklumat Permohonan
- Lulus : Permohonan Telah Diluluskan / Berjaya
- Tidak Lulus : Permohonan Tidak Diluluskan / Tidak Berjaya
- Status Kredit Tidak Berjaya : Surat makluman lulus Gagal Kredit akan dipos kepada pemohon dan pemohon perlu membawa surat tersebut bersama kad pengenalan asal untuk penunaian di Bank Simpanan Nasional (BSN) sahaja.
2. Semakan Melalui e-Mail
- Hantar email anda ke alamat br1m@treasury.gov.my mengenai status permohonan atau pertanyaan lain. Nyatakan nama penuh dan no kad pengenalan dalam email.
3. Semakan Melalui Telefon
- Nombor hotline Kementerian Kewangan Malaysia 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- Nombor bebas tol Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) 1-800-88-2716
Borang Rayuan BR1M
Maklumat berkaitan permohonan rayuan BR1M 2017 akan dikemaskini dari masakesemasa. Informasi dibawah yang dikongsikan ini adalah untuk Rayuan BR1M 2016.Tarikh Pembayaran pula akan dibuat secara ansuran 4 kali kecuali kategori Individu bujang yang dibuat sekali. Berikut disertakan cara-cara membuat semakan status permohonan BR1M 2016 :-