PENAUNG Gabungan Kelab Penyokong Selangor (Gabungan), Datuk Adam Rosly bertegas dengan pendirian menolak hasrat Datuk Seri Jamal Yunos untuk mengambil alih tampuk pemerintahan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).
Sebelum ini, Penasihat Undang-undang Gabungan NGO Selangor, Datuk Mohd Imran Tamrin meminta Adam untuk bersikap positif terhadap tawaran Ketua Umno Sungai Besar itu untuk menjadi presiden FAS.
Adam berkata, langkah positif yang paling tepat perlu diambil oleh Exco FAS adalah dengan meletakkan jawatan setelah mengambil kira saranan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah dan juga kehendak majoriti penyokong setia Merah Kuning.
"Saya membaca hujah Mohd Imran yang menyebut bahawa saya perlu positif untuk majukan bola sepak Selangor. Ini pasti merujuk kepada kritikan Gabungan terhadap hasrat Jamal yang akhirnya menjadi bahan lawak di media massa.
“Melalui kenyataan yang dibuat baru-baru ini, saya bercakap atas dasar pemerhatian saya ke atas beberapa rekod Jamal sebagai perbandingan kepada keupayaan beliau untuk menjadi Presiden FAS.
“Oleh yang demikian, kurang bijak untuk menyatakan saya serta Gabungan Kelab Penyokong ini tidak bersikap positif malah kami yakin sepenuhnya perubahan total FAS mampu mengembalikan semula zaman kegemilangan pasukan Merah Kuning,”
katanya melalui satu kenyataan media.
Tambah Adam, tindakan kerajaan negeri menggantung dana 2017 kepada FAS juga merupakan langkah tepat untuk mengembalikan kemajuan bola sepak di Selangor.
"Masalah kewangan bukan perkara pokok di sini kerana FAS sepatutnya telah bersedia lebih awal untuk menjadi pasukan yang berdiri di atas kaki mereka sendiri.
"Saya percaya Kerajaan Negeri Selangor lebih dari mampu untuk mempersiapkan dana yang besar bagi pasukan Selangor. Mereka telah membuktikannya selama lebih puluhan tahun.
"Justeru, Jamal bukanlah jawapan kepada kemelut FAS kini. Saya tetap berpendirian tindakan beliau adalah bermodalkan politik semata-mata dan beliau memang tidak berkemampuan menduduki kerusi panas Presiden FAS," katanya lagi.
sumber : sinar harian