Harga jersi bolasepak dan hoki terengganu diturunkan selepas dikecam penyokong terengganu di halaman sosial facebook jenama tempatan KOBERT,
katanya harga jersi tersebut sangat mahal berharga RM149.90 mengalahkan harga jersi jenama antarabangsa seperti NIKE yang digunapakai juara liga super tahun lepas, Johor Darul Takzim iaitu RM139.
inilah Statement Kobert di halaman facebook selepas menerima kecaman penyokong terengganu
"KENYATAAN RASMI KOBERT
"Bagi menghargai peminat bola sepak tanah air/negeri dgn keadaan ekonomi sekarang serta didorong oleh teguran berguna oleh kepimpinan MB selaku presiden PBSNT maka dgn ini KOBERT mengambil inisatif dan pendekatan serta tindakan segera bagi menyelesaikan masalah tersebut.
Kami memandang serius pandangan dan keluhan penyokong pasukan bolasepak dan hoki di Terengganu berkaitan jersi yang baru sahaja dilancarkan Sabtu lepas.
Walaupun rata2 berpuas hati dengan rekabentuk & kualiti jersi yang dilancarkan, terdapat ramai yang mengeluh dengan harga yang ditawarkan.
Untuk makluman, sebagaimana yang dipraktikkan oleh jenama2 besar, bermula musim 2017, kami juga akan mengeluarkan 2 versi jersi di pasaran iaitu:
1) Versi Pemain (Player's Issue)
2) Versi Replika (Fan's Issue)
Jersi yang dilancarkan dan berada dipasaran sejak sabtu lepas dengan harga RM129.90 adalah Jersi Versi Pemain.
Jersi Versi Pemain ini dibuat dengan teknologi terkini: FR9. Teknologi FR9 ini menjadikan jersi Kobert 2017 sangat ringan, membantu mengeluarkan kehangatan dari badan & membantu proses penyejatan peluh dengan lebih cepat. Pemain akan lebih selesa dengan menggunakan jersi Kobert 2017 dan sudah pasti ianya membantu pemain memberikan persembahan yang maksimum.
Sealiran dengan trend terkini jenama2 terbaik & pasukan2 terbaik, kami juga ingin memberi peluang kepada penyokong2 di Terengganu memiliki jersi Versi Pemain ini.
Harga RM129.90 adalah sangat berpatutan jika dibandingkan dengan harga Jersi Versi Pemain keluaran jenama2 antarabangsa yang mencecah harga RM300 ke RM500.
Kami juga yakin mutu jersi Kobert 2017 adalah setanding jersi2 keluaran jenama2 antarabangsa jika tidak lebih baik.
Selain dari itu Kobert juga akan mengeluarkan Jersi Versi Replika bagi memberi pilihan yang lebih mampu milik kepada penyokong2 pasukan2 bolasepak & hoki di Terengganu.
Jersi Versi Replika ini akan dipasarkan tidak lama lagi dengan harga RM69.90
Tunjukkan sokongan anda kepada pasukan2 kesayangan kita dengan memakai jersi terbaru Kobert 2017."
SUMBER : FACEBOOK KOBERT