“Kami bangkit dan bermain dengan amat baik, tetapi detik paling mengecewakan tiba apabila lawan menjaringkan gol ketiga.

“Saya tiada penjelasan atas apa yang berlaku, hilang kata-kata,” kata Klopp kepada BT Sport.

Ini adalah kemenangan liga pertama dicatat Swansea ke atas Liverpool di Anfield, sekali gus mengeluarkan mereka dari zon penyingkiran. 

Malah, skuad kendalian Paul Clement mengejutkan tuan rumah dengan mendahului 2-0 menerusi penyerang Sepanyol, Fernando Llo­rente pada minit ke-48 dan 52. 

Roberto Firmino bagaima­napun memberi ha­rapan kepada penyokong tuan rumah dengan meledak dua gol menakjubkan pada minit ke-55 dan 69 untuk membolehkan Liverpool mengikat kedudukan 2-2. 

Ketika saingan ber­baki 16 untuk di­tamatkan, Swansea menghukum kealpaan benteng lawan dengan menjaringkan gol kemenangan menerusi rembatan Gylfi Si­gurdsson. 

Kemenangan Swansea itu juga sa­ngat mengejutkan penyokong Liverpool yang kali ter­akhir melihat pasukan mereka kalah dalam perlawanan liga di laman sendiri kepada Manchester United, tahun lalu.– AGENSI 

Sumber : UTUSAN