RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 4 Januari 2017

Kerajaan negeri hanya bantu, bukan ambil alih KAFA


Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan Belia dan Sukan Datuk Ab Fattah Mahmood. - Foto NSTP/Syamsi Suhaimi 

KOTA BHARU: Kerajaan negeri menafikan mahu mengambil alih Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tetapi hanya mahu bersama bagi memastikan The Red Warriors terus beraksi dalam Liga Malaysia (Liga M) musim 2017. 

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan, Datuk Ab Fattah Mahmood, juga meminta pihak yang berminat untuk menaja supaya berjumpa dengan KAFA secepat mungkin. 

"Kita tidak pernah kata mahu mengambil alih KAFA, termasuk untuk menswastakannya di bawah anak syarikat kerajaan negeri. Isu penswastaan itu hanya disebut dalam surat ketika perbincangan dilakukan. 

"Itu antara perbincangan KAFA sebab badan induk itu pernah diswastakan sebelum ini untuk menguruskan pasukan. 

"Kita mencadangkan sekiranya ada penaja, dia mungkin boleh gunakan kaedah sama," katanya pada sidang media selepas mesyuarat EXCO di sini, hari ini. Mengulas lanjut mengenai lima perkara yang dipohon KAFA menerusi perbincangan Isnin lalu, Ab Fattah menjelaskan, pihaknya hanya bersetuju satu saja iaitu kerajaan negeri tidak akan mengenakan cukai hiburan. 

Pada masa sama, pihaknya masih mempunyai masa sebelum keputusan akhir dibuat dan akan menghubungi mana-mana pihak yang dikatakan berminat untuk menjadi penaja bagi mendapatkan kesahihan. 

"Insya Allah kita masih ada masa lagi. Kita akan hubungi dan tanya mereka satu-satu. 

Apa yang pasti, kerajaan negeri tidak pernah tinggalkan KAFA dan akan sama-sama membantu The Red Warriors bersaing dalam Liga M," katanya. 

Media sebelum ini melaporkan, KAFA menerusi Kongres Luar Biasa yang dilakukan pada 29 Disember lalu memutuskan untuk menarik diri dari Liga M, namun keputusan akhir akan diputuskan pada mesyuarat esok. Keputusan itu dibuat berikutan badan induk berkenaan berhadapan masalah kewangan kritikal, termasuk isu bayaran gaji pemain.

- BERITA HARIAN