RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Isnin, 23 Januari 2017

Kedah jumpa kelab kendalian Manuel Pellegrini



KELANA JAYA: Aksi persahabatan melawan kelab Liga Super China, Hebei China Fortune kendalian bekas pengurus Manchester City, Manuel Pellegrini di Stadium Shah Alam, petang esok menjadi pentas Kedah menguji beberapa pemain mudanya. 

Ketua jurulatih Kedah, Tan Cheng Hoe, berkata beliau akan memberi peluang pemain muda yang tidak diturunkan pada Piala Sumbangsih melawan Johor Darul Ta'zim (JDT), Jumaat lalu beraksi menentang pasukan bimbingan Pelegrini. 

Beliau berkata, aksi persahabatan yang berlangsung pada awal musim Liga Malaysia (Liga M) ini adalah bonus buat Helang Merah kerana pemain akan menentang pasukan kuat bagi memastikan mereka benar-benar bersedia dalam kempen kali ini. 

"Esok saya akan beri peluang kepada pemain yang masih belum beraksi pada perlawanan menentang JDT. Saya harap mereka dapat pendedahan berguna kerana bertemu pasukan yang diperkuatkan nama besar seperti Ezequiel Lavezzi dan Gervinho. 

"Kalau bercakap soal risiko kecederaan, ia bukan hanya dalam aksi persahabatan sebaliknya ketika latihan pemain juga boleh cedera," katanya ketika ditemui pada sesi latihan di Wisma Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang tadi. 

Kejayaan menjulang Piala Sultan Ahmad Shah pada aksi Sumbangsih menjadi permulaan baik buat Helang Merah, musim ini. 

"Memang kelab di China membuat pelaburan besar dan Hebei China Fortune adalah antara yang terbaik di negara itu. Musim liga tempatan masih lagi panjang dan saya masih mahu mencuba pemain. 

"Ini peluang terbaik sebagai pendedahan terutama buat pemain muda dan paling penting mereka perlu ambil kesempatan ini," katanya.

sumber : berita harian