DI saat penyokong The Red Warriors (TRW)  menanti  untuk menyaksikan aksi pertama musim ini, pasukan itu mendapat tamparan hebat apabila pemain importnya, Okikiola Afolabi berkemungkinan mengalami kecederaan ligamen lutut (ACL), lapor SITI FATIHAH AWANG.

Pada awalnya, kecederaan pemain dari Nigeria itu menjadi tular selepas beliau menjalani pemeriksaan kesihatan dilakukan pasukan perubatan di sini.

Kecederaan Afolabi itu disahkan sumber terdekat Kafa dan kini pihaknya mengambil pendekatan untuk tunggu dan lihat perkembangan lanjut mengenai pemain muda berusia 22 tahun itu sebelum membuat sebarang keputusan.

“Kita akan menunggu keputusan penuh daripada pasukan kesihatan sebelum membuat keputusan berhubung masa depan penyerang tersebut.

“Jadi saya harap penyokong dapat bersabar dan kita akan membuat keputusan terbaik demi masa depan pasukan,” katanya.

Selain Afolabi, bekas pemain skuad Piala Dunia Cameroon, Cedric Djeugoue, dan  Mohammed Ghaddar di antara yang akan membarisi pasukan Kelantan musim ini.

sumber : SINAR HARIAN