RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Rabu, 18 Januari 2017

UNIKL menegaskan Kerjasama bersama KAFA cetus impak positif


Kuala Lumpur: Universiti Kuala Lumpur (UniKL) menolak dakwaan sesetengah pihak yang mengatakan penajaan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) itu untuk skuad bola sepak Kelantan sebagai langkah silap.
Sebaliknya, UniKL menegaskan jalinan kerjasama antara IPTS itu bersama Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) sejak 2013 banyak memberi impak besar kepada penjenamaan UniKL yang menyaksikan mereka menarik lebih ramai pelajar mengikuti program ditawarkan.
“Sejumlah peruntukan disediakan setiap tahun untuk aktiviti promosi dan pemasaran. Aktiviti promosi UniKL tidak hanya terhad kepada promosi di media cetak dan media elektronik tapi juga meliputi aktiviti promosi dalam bidang sukan.
“Pemasaran dalam bidang berkenaan membolehkan jenama UniKL berada dekat di hati golongan muda dan masyarakat secara amnya. Pelaburan itu berjaya memperkukuhkan jenama UniKL di dalam negara.
“Pembiayaan program pemasaran dan penajaan ini dibuat secara pentadbiran menggunakan belanja mengurus yang diluluskan setiap tahun, diperuntukkan khusus untuk tujuan pengiklanan dan promosi tanpa membabitkan sebarang dana tajaan pelajaran pelajar dari MARA,” kata pihak UniKL dalam kenyataan media dikeluarkan semalam.
Sementara itu, Pelaburan Majlis Amanah Rakyat (MARA) Berhad menegaskan entiti komersial itu berjaya mencapai keuntungan hampir 300 peratus tahun lalu berbanding 2015 susulan hasil penajaan ke atas pasukan Kelantan musim lalu.
MARA menerusi kenyataan media semalam, menjelaskan keputusan penajaan skuad The Red Warriors (TRW) dibuat secara pentadbiran amalan biasa berdasarkan belanjawan tahunan diperuntukkan bagi kegiatan pengiklanan dan pemasaran yang diluluskan Lembaga Pengarah.
“Perbelanjaan ini merangkumi sembilan peratus daripada keseluruhan peruntukan syarikat untuk aktiviti penjenamaan dan pemasaran.
“Penajaan pasukan bola sepak adalah kaedah pemasaran sama seperti pemasaran melalui media elektronik, cetak, atas talian dan kaedah pemasaran ‘out of home’ yang lain.
“Penajaan ini dibuat atas dasar komersial bagi aktiviti penjenamaan dan pemasaran bagi peningkatan jualan seterusnya keuntungan syarikat,” kata kenyataan itu.

sumber : metro