RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!

Rahsia untuk menjana 5 angka sudah terbongkar Jika betul-betul serius untuk menjana pendapatan di Shopee, boleh tekan gambar di bawah:

Sabtu, 31 Disember 2016

Syarikat berminat menjadi penaja sila tampil dengan segera - BBBSK


KOTA BAHRU: Barisan EXCO Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diminta meletakkan jawatan jika gagal memikul tanggungjawab dan menyelamatkan persatuan itu. 

Bekas pemain Kelantan dan kebangsaan yang juga pengerusi Badan Bertindak Bola Sepak Kelantan (BBBSK), Yassin Mohd Noor, berkata mereka yang gagal menyumbang diminta memberi laluan kepada individu yang lebih berkelayakan. 

Katanya, EXCO KAFA dipilih secara sah pada Mesyuarat Agung Tahunan KAFA dan dipertanggungjawabkan terhadap pengurusan bola sepak Kelantan sehingga 2018. 

"Semua EXCO yang diberi mandat mesti berfungsi secara kolektif dalam usaha menyelamatkan bola sepak Kelantan sebelum tarikh akhir pendaftaran pemain pada 6 Januari nanti. 

"Saya mengulangi pendirian, KAFA harus mencari jalan penyelesaian terbaik. Tidak boleh tarik diri dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan kerana ia bakal mencetuskan impak negatif kepada seluruh pemain dan peminat negeri ini," katanya ketika dihubungi. 

Pada masa sama, Yassin meminta syarikat yang menawarkan diri menjadi penaja sebelum ini tampil segera untuk berunding secara rasmi dengan KAFA. 

Sementara itu, Naib Pengerusi Kelab Era 80 Kelantan, Adnan Yusof, berkata penubuhan BBBSK bukannya berniat merampas kepemimpinan KAFA, sebaliknya hanya ingin membantu persatuan itu yang menghadapi kemelut kewangan ketika ini. 

"Justeru, kami menyeru kepada kelab penyokong Kelantan mengetepikan sentimen berunsur negatif, sebaliknya fokus memberi sokongan tidak berbelah bahagi dalam usaha menyelamatkan bola sepak Kelantan ," katanya. 

BH Online semalam melaporkan, kerajaan negeri sedia membantu KAFA menangani kemelut kewangan yang dihadapinya, namun hanya akan memutuskan bentuk bantuan selepas menerima hasil resolusi Kongres Luar Biasa persatuan itu dalam pertemuan 1 Januari ini. 

- BERITA HARIAN