RAHSIA MENJANA 5 ANGKA DENGAN SHOPPE!
Sabtu, 31 Disember 2016
PM Israel disoal siasat kes Rasuah
BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, bakal disoal siasat sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap tuduhan rasuah ke atasnya, lapor media Israel.
Rangkaian Channel 2 melaporkan, perdana menteri itu disyaki menerima 'bantuan' daripada dua ahli perniagaan, seorang rakyat Israel dan seorang lagi warga luar.
Menurut stesen televisyen itu, polis sedang menyiasat kes selama lapan hingga sembilan bulan dengan menyoal siasat kira-kira 50 orang.
Channel 2, yang mempunyai penonton terbesar di negara itu berkata, Netanyahu akan dipanggil untuk disoal siasat, mungkin pada permulaan minggu depan.
Bagaimanapun, laporan rangkaian itu semuanya dinafikan oleh pelabat Perdana Menteri itu.
Kementerian Kehakiman dan polis turut menolak untuk memberikan komen. Polis turut mengeluarkan kenyataan ,mereka akan memaklumkan kepada orang ramai 'dalam masa terdekat' berhubung isu itu, sambil memberi amaran laporan media turut merangkumkan spekulasi. - AFP
- BERITA HARIAN